NasionalNegeri

Jambatan RM3 juta akan dibina di KTMB Padang Besar

Sebuah jambatan baharu bernilai RM3 juta akan dibina bagi memberi kemudahan kepada penumpang kereta api di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Padang Besar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, jambatan ini akan terus menghubungkan dengan kompleks membeli-belah di pekan Padang Besar.

“Kedudukan jambatan ini juga nanti tidak akan melibatkan kawasan larangan di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar,” katanya pada sidang media semasa mengadakan lawatan ke ICQS Padang Besar hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Pengarah JIM Perlis, Khairul Amin Taib.

Bagaimanapun katanya bagi mengatasi masalah penumpang kereta api ini, sebuah jambatan sementara akan dibina oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

“Ini memandangkan ketika ini para penumpang terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi dan kenderaan e-hailing kerana jarak sejauh lima kilometer dari stesen KTMB ke pusat membeli-belah,” katanya.

Katanya, pembinaan jambatan akan dimulakan sebaik saja RAC selesai melakukan pemilihan kontraktor.

Beliau berkata, ia dianggarkan bernilai RM300,000.

Pada September 2020, jejantas yang menghubungkan stesen KTMB Padang Besar dan Kompleks ICQS ditutup atas faktor keselamatan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button