Luar Negara

Ivana Trump meninggal dunia di New York

BEKAS isteri Presiden Amerika, Donald Trump, Ivana meninggal dunia semalam. Ivana meninggal pada usia 73 tahun di kediamannya, menurut laporan CNN.

Polis New York berkata, hasil siasatan, kematian Ivana tiada kaitan dengan sebarang perbuatan jenayah.

Berdasarkan kenyataan Polis New York, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.40 tengah malam tentang seseorang sedang nazak.

“Ketika tiba ke lokasi, kami dapati seorang wanita berusia 73 tahun tidak sedarkan diri dan tidak memberi sebarang tindak balas,” katanya.

Pihak Jabatan Bomba New York pula berkata, mereka bertindak atas laporan yang diterima tentang seorang wanita mengalami masalah jantung di kediamannya.


Pangilan dan lokasi kediaman yang diterima berdasarkan laporan, sama dengan laporan yang dibuat kepada Polis New York dan ia adalah kediaman Trump.

“Setibanya kami di kediaman itu, wanita berkenaan telah pun meninggal dunia,” ujarnya.

Pasukan perubatan EMS, kata polis, mengesahkan Ivana meninggal dunia di rumahnya. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button