Nasional

Ismail Sabri dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan Universiti Nihon

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan oleh Universiti Nihon, Tokyo, Jepun.

Penganugerahan ijazah tersebut disampaikan oleh Datuk Bandar Sakamoto dan Naoto dalam satu majis sambutan lawatan Ismail Sabri ke negara matahari terbit itu hari ini.

“Saya sangat berbesar hati menerima ijazah ini di hadapan tetamu-tetamu kehormat, ahli-ahli Fakulti serta kakitangan Universiti Nihon.

“Sejujurnya anugerah ini bukan untuk saya tetapi untuk seluruh Keluarga Malaysia yang bersatu hati bersama-sama Kerajaan menghadapi pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Mac lalu, Ismail Sabri sebagai Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan) yang bertanggungjawab menerajui serta mempengerusikan mesyuarat khas Menteri-menteri dalam memerangi ancaman pandemik Covid-19.

Bermula detik itu, seluruh kekuatan dan aset digembleng secara bersama. Agensi-agensi Kerajaan termasuk pasukan kesihatan dan keselamatan selaku barisan hadapan digerakkan secara bersepadu dalam usaha menangani wabak ini.

Segala faktor yang boleh menjadi punca kepada penularan wabak ini dikenal pasti dan ditangani sebaiknya.

“Perang menentang Covid-19 ini merupakan sesuatu yang besar dan mencabar. Ini memaksa Kerajaan bertindak tegas pada peringkat awal dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat tidak dibenarkan keluar rumah kecuali untuk urusan penting sahaja.

“Bagaimanapun langkah ini mula difahami rakyat. Bagi mendorong Keluarga Malaysia agar terus mengamalkan norma baharu dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19, saya telah melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu pada 8 Ogos 2020,” ujar beliau.

Beliau berkata, kita berperang dengan musuh yang tidak kelihatan namun berada di sekeliling kita.

Oleh itu, Ismail Sabri berkata, peperangan mesti dimenangi dan nyawa rakyat, Keluarga Malaysia mesti diselamatkan.

Malaysia sudah membuka pintu sempadan mulai 1 April lalu dan mulai 1 Mei 2022, prosedur operasi standard (SOP) sudah mula dilonggarkan seperti pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di kawasan tertutup dan tiada lagi penjarakan fizikal. – SM

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button