Nasional

Ismail Sabri arah kasino Genting ditutup serta merta

MENTERI  Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengarakan supaya operasi kasino do Genting Highland ditutup serta merta.

Katanya, pengurusan Genting yang terus membiarkan kasino beroperasi adalah di luar pengetahuan beliau.

Apabila mengetahuinya, beliau telah mengeluarkan arahan penutupan serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei).

“Saya tak tahu kasino itu beroperasi sebelum ini. Saya telah mengarahkan penutupan pada Jumaat lepas,” katanya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada November tahun lepas berkata, pelaksanaan gelembung perjalanan adalah untuk membantu memulihkan ekonomi dan membolehkan rakyat bergerak ke lokasi lain untuk melancong.

Begitupun, ia hanya melibatkan lokasi dalam Malaysia dan tidak melibatkan perjalanan ke luar negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button