IQOO kini hadir dengan model kemas kini untuk segmen peranti pintar. Melaluinya, iQOO 10 dan iQOO 10 Pro telah diperkenalkan dengan spesifikasi kelas mercu menerusi Snapdragon 8+ Gen 1. Reka bentuknya juga lebih kurang sama dengan sistem tri-kamera di belakang dan panel hadapan berlubang.
IQOO 10 Pro dilengkapi skrin sebesar 6.78-inci AMOLED E5 beresolusi 2K, kadar segar semula 120Hz dan paparan HDR 10+. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 digunakan dengan padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.
Bateri pula sebesar 4,700mAh yang menyokong pengecasan berwayar 200W dan nirwayar 50W. Sistem tri-kamera digunakan dengan konfigurasi 50MP (utama) + 50MP (ultra-lebar) + 14.6MP (telefoto) dan kamera hadapan pula sebesar 16MP.
Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, bluetooth 5.3, port sambungan USB-C, NFC dan sebagainya.
IQOO 10 pula dibekalkan skrin 6.78-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan paparan HDR10+. Memori pula sehingga 12GB RAM dengan storan dalaman mencapai 256GB. Kapasiti bateri pula sebesar 4,700mAh dengan sistem pengecasan pantas 120W.
Sistem tri-kamera utama terdiri dengan dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, bluetooth 5.3, port sambungan USB-C, NFC dan banyak lagi.
Baca juga > AMAZFIT perkenal jam pintar siri BIP 3 di pasaran