Nasional

Polis terima 47 lagi laporan kes penipuan visa furada

POLIS menerima 47 lagi laporan dengan kerugian lebih RM2 juta dalam kes melibatkan penipuan haji oleh dua agensi pelancongan yang beroperasi di Danau Kota, Setapak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kelima-lima suspek iaitu dua lelaki dan tiga wanita diserahkan kepada polis Johor untuk siasatan lanjut selepas tempoh tahanan reman berakhir.

“Beberapa tindakan sedang diambil bagi melengkapkan siasatan kes ini sebelum dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan keputusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kerana dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.Ads by

Mereka yang berkumpul di Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

Sehubungan itu, Azmi menggesa orang ramai yang telah ditipu supaya membuat laporan polis dengan segera. – SM

 

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button