GajetUlasan

iQOO 10 Pro dan iQOO 10 kini dilengkapi dengan Snapdragon 8+ Gen 1, pengecasan pantas 200W

IQOO kini hadir dengan model kemas kini untuk segmen peranti pintar. Melaluinya, iQOO 10 dan iQOO 10 Pro telah diperkenalkan dengan spesifikasi kelas mercu menerusi Snapdragon 8+ Gen 1. Reka bentuknya juga lebih kurang sama dengan sistem tri-kamera di belakang dan panel hadapan berlubang.

IQOO 10 Pro dilengkapi skrin sebesar 6.78-inci AMOLED E5 beresolusi 2K, kadar segar semula 120Hz­­ dan paparan HDR 10+. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 digunakan dengan padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.

Bateri pula sebesar 4,700mAh yang menyokong pengecasan berwayar 200W dan nirwayar 50W. Sistem tri-kamera digunakan dengan konfigurasi 50MP (utama) + 50MP (ultra-lebar) + 14.6MP (telefoto) dan kamera hadapan pula sebesar 16MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, bluetooth 5.3, port sambungan USB-C, NFC dan sebagainya.

IQOO 10 pula dibekalkan skrin 6.78-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan paparan HDR10+. Memori pula sehingga 12GB RAM dengan storan dalaman mencapai 256GB. Kapasiti bateri pula sebesar 4,700mAh dengan sistem pengecasan pantas 120W.

Sistem tri-kamera utama terdiri dengan dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, bluetooth 5.3, port sambungan USB-C, NFC dan banyak lagi.

Baca juga > AMAZFIT perkenal jam pintar siri BIP 3 di pasaran

(Visited 235 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button