GajetUlasan

iPhone SE 2020 berbaloi untuk dimiliki

iPhone seringkali dikenali sebagai telefon pintar premium dan dijual pada harga yang tidak masuk akal. Ramai katakan yang spesifikasi-ke-harga peranti adalah tidak sesuai. Tetapi tahukah anda yang Apple tidak pentingkan RAM yang tinggi, rekaan yang mirip peranti lain, atau juga kebebasan pengguna. Apple sering memfokuskan pengalaman penggunaan yang baik dan stabil.

Tidak percaya? Anda bayangkan, iPhone 11 Pro Max yang hanya mempunyai 4GB RAM dan dipadankan dengan cip A13 mempunyai skor tanda aras menghampiri peranti Android yang mempunyai 12GB RAM dan Snapdragon 865 (Oppo Find X2 Pro).

Jika benar cip pemproses pada peranti Android ini berkuasa, kenapa perlu RAM yang tinggi? Kenapa tidak gunakan sahaja 4GB RAM seperti Apple?

Saya yakin anda akan bengang dengan fakta yang saya nyatakan ini. Tetapi itulah kebenaran. Anda perlu terima kenyataan yang apa Apple hasilkan ternyata antara yang terbaik, bukan yang terhebat – tetapi cukup stabil. Sejak tahun lepas, Apple telah membuktikan yang mereka boleh menjual iPhone pada harga yang lebih murah. Siri iPhone 11 jauh lebih murah berbanding iPhone XS ketika ia dilancarkan.

Kini iPhone SE 2020 pula dilancarkan beberapa bulan lepas. Ia adalah iPhone baharu pertama paling murah yang Apple tawarkan. Dalaman iPhone 11, luaran iPhone 8, harga iPhone SE 2016 dan prestasi setanding mana-mana peranti mercu Android. Jadi dalam artikel ini, kami akan nyatakan kebaikan dan keburukan peranti ini agar anda boleh membuat keputusan sama ada ia berbaloi atau tidak untuk dimiliki.

iPhone SE 2020 menggunakan skrin 4.7-inci LCD Retina HD, resolusi 1334 x 750, menyokong True Tone dan gamut warna lebar P3. Selari dengan model-model iPhone lain, iPhone SE tidak lagi mempunyai sokongan 3D Touch dan ia digantikan dengan Haptic Touch. Untuk kecerahan, ia hanya menyokong maksima 65 nits sahaja. Oh ya, disebabkan ia adalah skrin LCD – tiada pengimbas cap jari terbina. Walaupun ianya adalah iPhone baru yang dilancarkan pada tahun 2020, iPhone SE ini juga tidak mempunyai sebarang sensor pengimbas wajah untuk Face ID. Sebaliknya mengembalikan butang home dengan pengimbas cap jari fizikal terbina yang digelar Touch ID –  dipetik dari Amanz

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button