Nasional

Inti pati lawatan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat

BERIKUT adalah inti pati lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, yang merupakan penampilan sulung beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 

  1. Perdana Menteri menyampaikan Kenyataan Negara sewaktu sesi Debat Umum pada 22 Sept 2023.
  • Sewaktu menyampaikan Kenyataan tersebut, Anwar menyatakan kebimbangan terhadap konflik global di seluruh dunia seperti di Palestin, Ukraine, Afghanistan dan Myanmar.
  • Beliau juga menyentuh isu berkaitan krisis iklim, pembangunan mampan (SDGs), Islamofobia dan Malaysia MADANI.

 

  1. Pertemuan Dua Hala
  • Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Turkiye, Iran, Sri Lanka, Thailand dan Iraq.
  • Selain itu, turut mengadakan pertemuan dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat Mengenai Iklim, John Kerry dan Pengerusi Extractive Industries Transparency Institute (EITI), Helen Clark

i. Turkiye

– Menggandakan usaha membendung sentimen Islamofobia yang semakin menggila.

– Keperluan meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pelaburan dan perdagangan antaranya yang melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi membesarkan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG).

– Kerjasama ekosistem pertahanan antara kedua-dua negara.

ii. Iran

– Mengukuhkan hubungan dua hala dengan Iran melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.

– Mengulangi komitmen mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) dan Mesyuarat Suruhanjaya Ekonomi (JEC).

iii. Sri Lanka

– Kerjasama dalam sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan.

iv. Thailand

– Membincangkan pelbagai isu melibatkan sempadan negara, proses perdamaian di Selatan Thai dan isu serantau yang mempunyai kepentingan bersama.

v. Iraq

– Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) ke-9 antara Malaysia dan Iraq dalam sektor ekonomi, pendidikan, hubungan udara dan pelancongan.

– Memaklumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad.

vi. John Kerry

– Membincangkan isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui dan perubahan iklim yang kian meruncing.

vii. Helen Clark

– Membincangkan kepentingan pelaksanaan tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam industri perlombongan dan penggalian, selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu berkepentingan bersama.

  1. Mesyuarat Meja Bulat Bersama Syarikat-syarikat Fortune 500
  • Mengadakan pertemuan dengan 15 syarikat terkemuka termasuk AirBnB, Amazon, AWS, Boeing, ConocoPhillips dan Kimberly-Clark.
  • Berkongsi Kerangka Ekonomi MADANI yang disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Kajian Separuh Penggal RMK-12 yang menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara.
  • Bertemu dengan US-ASEAN Business Council (USABC) dan United States Chamber of Commerce (USCC) yang menjadi medium antara Kerajaan dan komuniti perniagaan sebagai pemangkin kepada pelaksanaan inisiatif-inisiatif kerajaan bagi membawa manfaat kepada rakyat.

 

  1. Invest Malaysia New York
  • Mengadakan pertemuan dengan lebih 200 delegasi di Invest Malaysia New York yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia bersama Bank of America, CIMB, HSBC, Maybank dan Standard Chartered.
  • Berjaya menarik minat pelabur pasaran modal ekuiti dan bon dengan nilai aset di bawah pengurusan mencecah US$40 trilion.
  • Mengetengahkan Kerangka Ekonomi MADANI yang disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12.
  • Turut bersama dalam sesi ini adalah Menteri MITI, Gabenor Bank Negara, Pengerusi Bursa Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

  1. Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR)
  • Menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), mendengar dan berkongsi dasar serta polisi negara terkait hubungan antarabangsa, pentas global dan geopolitik bersama ahli majlis CFR.

  1. Program-program lain semasa lawatan rasmi
  • Perdana Menteri turut menyampaikan Khutbah Jumaat pada 22 Sept atas jemputan daripada Pusat Kebudayaan Islam New York, menghoskan majlis makan malam bersama lebih 800 rakyat Malaysia dan diaspora di New York. Selain itu, turut ditemu bual oleh media antarabangsa iaitu CNN dan Bloomberg.

 

  1. Kesimpulan
  • Lawatan Perdana Menteri ke New York pada kali ini bagi menghadiri Sesi Ke-78 UNGA dapat mengetengahkan pendirian negara serta memberi peluang untuk berkongsi dasar dan aspirasi negara terkait hubungan antarabangsa.
  • Lanjutan pertemuan dengan rakan-rakan sejawat,  berpeluang untuk berkongsi pengalaman serta bertukar pendapat dalam isu-isu global dan berkepentingan bersama.

Artikel berkaitan > Perdana Menteri berkongsi dasar serta polisi negara terkait hubungan antarabangsa

 

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button