NasionalNegeri

“Ingatkan Ringan, Rupanya Boleh Tahan Berat,” Pengunjung Kagum Kekuatan Abang Askar!

“Ingatkan ringan, rupanya boleh tahan berat,” itulah antara reaksi pengunjung Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia apabila berpeluang mengangkat senjata yang dipamerkan.

Bagi Sallahuddin Zulkifli, 24, yang merupakan seorang pelajar, program anjuran sebegini mampu mendekatkan rakyat kepada agensi-agensi kerajaan yang menyediakan khidmat mereka.

“Misalnya penglibatan Kementerian Pertahanan, ia memberi peluang kepada generasi muda untuk berkhidmat dalam bidang ketenteraan mendapat maklumat secara terus.

“Selain itu, kita juga peluang melihat sendiri beberapa aset ketenteraan yang dipamerkan dan ia sudah tentu boleh meningkatkan rasa bangga dalam kalangan pengunjung,” katanya.

Sallahuddin berkata demikian ketika ditemui Suara Merdeka menerusi satu tinjauan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung sejak 9 hingga 12 Disember di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

@suaramerdeka19

Bestnya dapat pegang yang betul!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button