Nasional

Ibu bapa perlu gilap bakat anak-anak autistik – Raja Muda Perlis

IBU BAPA bapa yang mempunyai anak-anak autistik disarankan agar mengenal pasti kecenderungan dan minat anak-anak mereka tersebut dari usia awal lagi seterusnya mampu menggilap potensi mereka melalui pendedahan dan latihan berterusan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran masing-masing.

Perhatian juga perlu diberikan kepada golongan menghidap austisme yang mengalami gangguan perkembangan otak sehingga memengaruhi kemampuan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.

Sokongan dari segi pembelajaran, emosi dan fizikal perlu diberikan agar golongan istimewa ini dapat mengatasi atau mengurangkan gangguan perilaku yang membatasi minat penderitanya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena ‘Hari Kesedaran Autisme’ yang disambut pada hari ini di seluruh dunia.

Buat masa ini pihak MAIPs telah memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Perlis Special Teens Centre (PeSTeC) yang menyediakan pendidikan kepada golongan autisme di negeri ini selain turut menyokong usaha Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dalam menubuhkan Pusat A-heart.

Untuk rekod, 2 April setiap tahun diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) sebagai Hari Kesedaran Autisme Sedunia bertujuan bagi meningkatkan ‘kesedaran’ dan ‘pendidikan’ mengenai autisme.

Sebagai tanda sokongan golongan autistik, masyarakat diajak beramai-ramai memakai pakaian berwarna biru sepertimana slogan ‘Jom Pakai Biru!’ pada hari ini.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Raja Muda Perlis turut menitahkan ucapan ‘Selamat Menyambut Hari Ulangtahun ke 74’ kepada Pengarah serta seluruh warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis yang disambut pada hari semalam iaitu 1 April 2020.

Dalam perkembangan lain pula, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis telah memperkenankan untuk pihak yayasan berkenaan menyumbangkan sebuah peti sejuk kepada pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk kegunaan warga kerjanya melalui Timbalan Pengarah Perubatan HTF, Datuk Dr Abd Karim Abdullah bagi di tempatkan di Wad Pengasingan sementaranya. – SM

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button