Hiburanpilihan

Ibu arwah Abam Bocey dan Ali Puteh meninggal dunia

IBU kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh iaitu Sabariah Arshad meninggal dunia kira-kira pukul 11.54 malam semalam di Hospital Selayang.

Difahamkan, arwah meninggal dunia akibat serangan asma dan komplikasi pelbagai penyakit lain.

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut mengesahkan pemergian ibunya melalui status di akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum, mak saya telah pergi mengadap ilahi. Doakan mak saya ya semua. Mak jumpa abang di sana,” tulisnya.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan selepas diserang asma pada Selasa lalu.

Menurut Ali, jenazah ibunya akan dimandikan di Masjid BT8 Gombak pada pukul 9 pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pasu, Gombak sebelum solat Jumaat.

Untuk rekod, pelawak Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. -SM

(Visited 659 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button