NasionalUncategorized

HTAR Klang siasat kematian kanak-kanak berusia 10 tahun

HOSPITAL Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan, baru-baru ini.

Pengarahnya ,Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pihaknya merujuk kepada video yang tular menerusi aplikasi TikTok berkaitan perkara tersebut.

Beliau berkata, kanak-kanak itu hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai lepas.

“Keadaan pesakit (kanak-kanak) semasa di HTAR dalam keadaan lemah. Pesakit telah diberikan rawatan yang sewajarnya oleh pakar perubatan kecemasan namun pesakit tidak dapat diselamatkan.

“Punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR,” katanya dalam kenyataan. – SM

BACA Kanak-kanak perempuan cedera, kereta bertembung dengan trak pikap

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button