Nasional

Allianz General agih lebihan pertama CAF kepada 7 pertubuhan kebajikan

ALLIANZ General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah mengagihkan lebihan pertama daripada Kumpulan Wang Peruntukan Tuntutan (CAF) PerlindunganKu Allianz4All kepada tujuh pertubuhan kebajikan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang berkata, ia merupakan produk pertama Allianz yang distruktur berdasarkan Nilai Sejagat yang sejajar dengan Prinsip Kewangan Islam.

“Produk PerlindunganKu Allianz4All adalah produk pertama yang dilancarkan pada 8 September 2022 di bawah siri Allianz4All Untuk Semua, yang memberikan pemegang polisi pilihan untuk memilih kategori kebajikan yang akan mendapat manfaat daripada sebarang lebihan yang terhasil daripada CAF,” katanya.

Katanya dalam satu kenyataan, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, jumlah lebihan yang boleh diagih yang dijana daripada CAF ialah RM65,534.51.

“Ini mencerminkan keyakinan pasaran untuk siri produk Allianz4All bukan sahaja memberi manfaat kepada pemegang polisi tetapi juga mendorong penyertaan pemegang polisi dalam program tanggungjawab sosial korporat Syarikat dengan pemilihan kategori kebajikan yang dimahukan apabila polisi tersebut dibeli,” katanya.

Beliau berkata, lebihan CAF dibahagikan kepada Pendidikan, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Usaha Bantuan. Lebihan yang diraih daripada kategori “Tiada keutamaan” telah disalurkan kepada kategori Pendidikan (RM8282.02) dan OKU (RM6481.94) untuk menyamaratakan derma kepada Rakan Sosial yang terpilih.

“Daripada jumlah lebihan sejumlah RM65,534.51 tersebut, sejumlah RM16,551.23 (25.26%) disalurkan kepada pendidikan, RM25,087 (38.28%) kepada OKU dan RM23,896.28 (36.46%) kepada organisasi bantuan,” tambahnya.

Melalui cabang tanggungjawab korporatnya, Allianz4Good telah ditugaskan untuk mengenal pasti dan mengagihkan lebihan CAF kepada pertubuhan kebajikan terpilih.

Antara badan kebajikan dikenal pasti akan menerima sumbangan itu adalah Buku Jalanan Chow Kit, Persatuan Pendidikan Anak Cahaya Selangor, Persatuan Orang Cacat Mental Selangor & Wilayah Persekutuan, Rumah Amal Cheshire Selangor, Persatuan Mobiliti Selangor dan Kuala Lumpur, Yayasan MyKasih serta MERCY Malaysia.

“Di Allianz, kami komited untuk mewujudkan impak positif kepada masyarakat yang melengkapkan barisan produk sedia ada menerusi penawaran produk unik Allianz4All Untuk Semua.

“Kami berusaha dalam memberikan perlindungan kepada semua lapisan masyarakat dan terus meneroka cara-cara baru untuk berkhidmat kepada setiap segmen masyarakat,” kata Sean Wang. -SM

Baca juga : Kanada bakal bekerjasama dengan Asean laksanakan AOIP

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button