Nasionalpilihan

Hospital Melaka sambut sembilan bayi merdeka

Seramai sembilan ‘bayi merdeka’ dilahirkan di Hospital Melaka bermula pukul 3.32 pagi tadi sehingga 9.38 pagi ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, daripada jumlah tersebut seramai empat bayi lelaki dan lima perempuan dilahirkan secara normal dan pembedahan.

Sulaiman Md. Ali (empat dari kanan), Munira M.Yusop (tiga dari kanan) dan Zaharimah Abdul Kadir (dua dari kanan) bergambar kenangan dengan empat bayi merdeka yang lahir di Hospital Melaka.

 

Menurutnya, bayi pertama dilahirkan kira-kira pukul 3.32 pagi adalah bayi lelaki seberat 2.31 kilogram (kg) manakala bayi terakhir lahir pada pukul 9.38 pagi ini adalah perempuan.

“Tradisi yang kita buat setiap kali sambutan Kemerdekaan adalah meraikan bayi-bayi yang lahir pada 31 Ogos.

“Anak-anak inilah dipanggil ‘Anak-Anak Merdeka’ dan saya doakan mereka yang lahir ini menjadi anak soleha dan menjadi pemimpin di suatu hari nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Bayi Merdeka sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia di Hospital Melaka di sini hari ini.

Sulaiman dan isteri bertemu dengan kesemua sembilan ibu yang melahirkan anak merdeka di samping menyampaikan sumbangan hamper.

Hadir sama isteri Ketua Menteri, Datin Seri Munira M.Yusop, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Pengarah Hospital Melaka, Dr. Zaharimah Abdul Kadir.

Sementara itu seorang ibu Suzzana Mohd Shah, 39, dari Cheng berkata, dia melahirkan rasa syukur selamat melahir anak keenamnya dalam keadaan selamat dan lebih penting pada hari sambutan Kemerdekaan ke-65.

“Sepatutnya saya jalani pembedahan 2 September ini tetapi ini dinama anugerah Allah apabila pembedahan saya dipercepatkan lagi.

“Malah saya bangga juga daripada enam anak ini, sorang ini terpilih sebagai ‘anak merdeka’ yang pertama lahir di Hospital Melaka pada sambutan kemerdekaan,” ujarnya yang juga seorang suri rumah.

Bagi seorang lagi ibu, Hannah Saniah Muhd Safiq Goh, 29, berasal dari Kampung Beringin, Alor Gajah, Melaka berkata, dia sangat terkejut anak pertamanya lahir sewaktu sambutan kemerdekaan negara ke-65.

“Sepatutnya saya dijangka melahirkan anak dua hari lepas tetapi sudah terlajak dua hari dan tak sangka lahir sebagai ‘anak merdeka’.

“Syukur Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Kelahiran bayi merdeka ini sangat menggembirakan saya,” katanya yang bertugas sebagai di sebuah syarikat swasta. – SM

(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button