Nasionalpilihan

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 melimpah-ruah, pengunjung kembali berkumpul semula!

Bagai sirih pulang ke gagang, begitulah peribahasa yang sesuai untuk digambarkan kepada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Hasilnya pengunjung yang datang melimpah-ruah, kerusi yang tersedia sudah pasti tak mencukupi, namun bilangan yang hadir benar-benar di luar jangkaan.

Di sekitar Dataran Merdeka tak perlulah untuk diceritakan bagaimana padatnya manusia yang mahu meraikan Hari Kebangsaan 2022 dan ia terus membawa ke Jalan Raja Laut.

Bayangkan di sekitar Jalan Raja Laut itu, ada yang duduk di atas jejantas, stesen LRT Bandaraya dan juga bumbung Pertama Kompleks untuk menyaksikan perarakan.

Mana tidaknya, kalau dahulu, menyambutnya pun secara virtual dan beberapa tahun sebelum PKP, sambutan di Putrajaya dianggap kurang sesuai biarkan kawasanny luas.


(Visited 80 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button