Sukan

Hoki Piala Negara-Negara: Malaysia kalahkan Kanada 4-2

SKUAD hoki negara melengkapkan perlawanan kumpulan pada Kejohanan Piala Negara-Negara dengan mengatasi Kanada 4-2 di Stadium Nasional Gniezno, Poland, pada Rabu.

Ia merupakan kemenangan sulung skuad bimbingan Sarjit Singh dalam kejohanan itu selepas seri 4-4 dalam perlawanan pembukaan menentang Pakistan dan tewas 1-3 kepada Perancis pada perlawanan kedua.
Dengan keputusan itu, Malaysia kekal di tangga ketiga berkongsi empat mata dengan Pakistan di kedudukan kedua hanya dipisahkan dengan perbezaan gol yang besar.
Bagaimanapun, Perancis, selaku pendahulu Kumpulan B dengan enam mata akan menentang Pakistan (empat mata) dalam aksi pelengkap kumpulan awal pagi Khamis.
Mengikut format, dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button