Nasional

HKL disangka terbakar rupanya hanya wap air

KEPULAN asap yang disangka berpunca akibat kebakara di Hospital Kuala Lumpur sebenarnya hanyalah wap air panas.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, piahknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.39 malam semalam.

Sebanyak 35 anggota termasuk empat jentera pemadaman api dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Hang Tuah dan Sentul telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, Mohd Azhar Harun, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati memang terdapat asap yang keluar dari saluran paip di bangunan terbabit.

Gambar ihsan JBPM KL

“Setelah siasatan dan pemeriksaan di keseluruhan bangunan hospital dilakukan, kita mendapati tiada sebarang kebakaran berlaku.

“Malah, kepulan asap yang didakwa oleh pemanggil telah dikenalpasti sebagai wap air panas yang mengalir pada saluran paip pembuangan,” katanya.

Tambahnya, operasi juga tidak melibatkan sebarang aktiviti pemindahan pesakit atau pengosongan bangunan. -SM

(Visited 466 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button