Hina Sangatkah Kalau Guna Peranti Android Bawah RM500?
PEMBANGUNAN dunia teknologi mobiliti berkembang pesat dari tahun ke tahun sejak dari era 90an lagi. Peranti kini menjadi lebih canggih dengan harga yang lebih mampu dimiliki berbanding 10 tahun yang lepas.
Pengeluar peranti berlumba-lumba untuk menarik hati pengguna dengan menawarkan peranti-peranti yang berkuasa pada harga mampu milik dan dianggap berbaloi oleh pengguna.
Peranti-peranti pertengahan masa kini dilihat sangat berkuasa dan hampir sama berkuasa seperti peranti-peranti kelas atasan dengan adanya persaingan dari pengeluar-pengeluar ini.
Yang beruntung adalah semestinya kita sebagai pengguna. Tetapi tajuk yang bakal kita bahas kali ini lebih tertumpu kepada peranti permulaan atau pun “entry level” yang mula membanjiri kembali di pasaran.
Setelah hampir setengah tahun kita di tahun 2020 ini, pelbagai penawaran peranti permulaan yang telah dilancarkan oleh pelbagai pengeluar di bawah RM500 seperti berikut:
Ada banyak lagi peranti-peranti lain yang tidak disebut di atas. Rata-rata peranti permulaan yang tertera sangat menghampiri segmen peranti pertengahan.
Tidak seperti dahulu, yang mana peranti berjenis begini dipandang remeh kerana tidak memberikan prestasi yang memuaskan disebabkan harga yang rendah dan sering digunakan sebagai peranti bantuan atau peranti kedua.
Sekarang tidak lagi, malah ramai yang menggunakan peranti permulaan dibawah RM600 ini sebagai peranti utama mereka.
Mengapa ya? Jawapannya mudah: jimat tetapi tidak mengorbankan prestasi. Mungkin 1 atau 2 saat lengah masa pengendaliannya dari peranti yang lebih mahal tetapi tidak menghalang proses harian pengguna.
Rata-rata pembangun perisian atau “Software developer” pada zaman kini bijak mengoptimasi sesebuah perisian di dalam peranti bagi membolehkan kelancaran sesebuah peranti tersebut walau pun pada harga rendah.
Tiada lagi atau hampir tiada operasi lengah masa ketika pengguna menggunakan peranti tersebut.
Jadi, saya rasa semua setuju jika saya bagi pihak anda menjawab tajuk artikel ini iaitu TIDAK hina jika anda memiliki sebuah peranti di bawah RM500 di tahun ini. Malah ia adalah tindakan penjimatan yang bijak lagi pintar.
Ya memang betul anda akan mengorbankan beberapa fungsi di peranti yang mungkin tidak anda perlukan di peranti segmen ini seperti NFC, pengecasan pantas & nirwayar, kalis air, cip pemprosesan handalan dan lain-lain tetapi yang penting fungsi asas yang mencukupi serta yang mustahak ialah “poket anda tidak koyak”.
Diharap artikel ini dapat membantu anda berfikir dengan lebih rasional terhadap wang RM500 anda itu.