Nasional

Hidup beretika bentuk peribadi insan mulia – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa individu yang ‘beretika’ pasti memperoleh kebaikan dari segi fizikal, ketenangan jiwa dan perasaan. Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri atau keperibadian yang baik kerana individu tersebut memelihara dirinya dengan mengamalkan sifat-sifat yang terpuji. Masyarakat juga sentiasa mengiktiraf individu sebegini sebagai orang yang berbudi tinggi”.

Terang baginda, ‘Pemahaman maksud etika adalah salah satu istilah yang dikaitkan dengan sejarah, watak dan juga akhlak manusia. Ia membincangkan tentang baik ataupun buruk, betul ataupun salah sesebuah tingkah laku serta menilai kelakuan terhadap beberapa kriteria mutlak dengan meletakkan negatif atau nilai-nilai positif di atasnya’.

Etika turut memainkan peranan penting dalam pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Ikatan yang erat berdasarkan etika kekeluargaan dapat mewujudkan keharmonian rumah tangga. Begitu juga di dalam masyarakat, etika dapat memelihara keamanan, keadilan dan juga kesejahteraan yang berterusan.

“Masyarakat yang beretika akan membentuk persekitaran yang lebih sihat dan dapat menghindari perlakuan negatif serta masalah-masalah sosial seperti penagihan najis dadah, rompakan, penyeludupan, pembuangan bayi dan sebagainya”.

Demikian titah Tuanku Raja Muda selepas berkenan berangkat mengetuai program berbasikal ‘MAIPs Peduli Khas Covid-19’ di sekitar mukim Utan Aji dekat Kangar baru-baru ini.

Antara rumah-rumah asnaf terpilih yang dijejaki dan disantuni bagi menyampaikan agihan zakat MAIPs berjumlah RM700 setiap seorang, ‘Kit MAIPs Peduli’ berupa bahan makanan mentah dan beras fidyah ialah milik Zainab Ahamad 65 tahun yang tidak dapat bekerja akibat sakit saraf dan penat, Jah Samat 83 tahun seorang penerima ‘Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs’, ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’, serta ‘Bantuan Fitrah MAIPs’ dan tukang rumah Che Nordin Ahmad, 55 tahun.

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button