Luar Negara

Hentikan serangan ke atas rakyat Israel – Konsulat Israel

SUSULAN serangan roket yang dilancarkan tentera Hamas menyebabkan Konsulat Besar Israel di New York, Amerika Syarikat menggesa supaya dihentikan.

Malah, konsulat itu menerusi satu hantaran dalam Facebooknya tadi menggesa masyarakat antarabangsa mengutuk serangan ke atas rakyat Israel yang berlaku baru-baru ini.

Bagaimanapun, tidak dilaporkan jumlah kecederaan atau kematian rakyat negara haram itu ekoran serangan roket di kawasan hub ekonominya di Tel Aviv.

“Masyarakat antarabangsa mesti bangun bersama dan menyeru untuk hentikan keganasan.

“Seru untuk hentikan serangan roket terhadap rakyat Israel. Hentikan Hamas sekarang!”

Demikian kenyataan ringkas yang dikeluarkan konsulat besar itu dengan berkongsikan bersama sebuah video serangan udara yang berlaku di Tel Aviv.

https://www.facebook.com/IsraelinNY/posts/3884267388287668?__cft__[0]=AZWhg3MNTbG3yLm8G-LukYniNx16TX6WwvE_qPvhZXlHJyUGgD1WbPilFY6Vr-eApv4L_y8nq6Z-3rPN9fWOOg3Z81LRsFMTA-y2q4SEZ0LLObXn4urpV-tSMgtZZC_fNJa8CSow17uc3g3PogGVaRgFpsdYSUvU65zkE5pt3sQapA&__tn__=%2CO%2CP-R

Sebelum itu, Israel melaporkan sekurang-kurangnya 16 pemimpin tentera Hamas terbunuh dalam serangan Israel di semenanjung Gaza kelmarin.

Mereka termasuklah seorang komander kanan dan pakar senjata, dalam serangan udara ke atas pos komando pejuang Islam Palestin.

Sementara itu, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin serta Masjid Al-Aqsa.

Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md. Yassin, menggesa masyarakat antarabangsa tidak boleh menutup mata dan berdiam diri serta tidak menghiraukan kekejaman yang dilakukan oleh regim itu.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, pula  menegaskan serangan itu adalah perbuatan zalim dan Israel mesti bertanggungjawab kerana melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

(Visited 788 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button