Luar Negara

Lebih 17,000 solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa

KEMENTERIAN Luar Israel maklumkan lebih 17,000 umat Islam di Palestin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Gaza malam tadi.

Dalam satu perkongsian gambar kementerian itu menerusi Facebooknya menunjukkan umat Islam di Palestin memenuhi ruang di Masjid Al-Aqsa hingga ke Kubah Sakhrah.

“Pagi ini, lebih 17,000 umat Islam menyambut hujung Ramadan di Temple Mount.

“Dalam keadaan yang mencabar ini, kita lakukan lebih daripada doa untuk memastikan keamanan di Jerusalam dan tempat lain,” katanya.

https://www.facebook.com/IsraelMFA/posts/10158361580226317?__cft__[0]=AZVg4GsmC7OpZgZM9CmZutonDzDIZO39f88jooPbHRFzFj85PxWITHDS7j6yihQuxvhi3mr9AsgS43uASEb3j6B6dvVFR7MRd2-3yU9fk6aQUkmr4S4LBwJIOwkS6qLunh3zQAnfCLksQphDoQhP-uqO&__tn__=%2CO%2CP-R

Bagaimanapun, pada Jumaat lalu, Israel melakukan serangan ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Serangan berkenaan berlaku ketika umat Islam sedang bersolat Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadan.

Dalam serangan tersebut, sekurang-kurangnya 163 penduduk Palestin dan enam anggota polis Israel tercedera dalam pertempuran di sana.

Membalas semula serangan itu, penduduk Palestin bertindak membaling batu dan botol ke arah polis Israel yang melepaskan peluru getah dan bom tangan ke arah mereka. – SM

(Visited 526 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button