Nasionalpilihan

Hari Raya Haji disambut pada Isnin,17 Jun

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1445 Hijriah ialah pada 8 hb. Jun, 2024 Masehi.

“Oleh yang  demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi Negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin,17 hb Jun 2024 Masehi.”

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja,
KUALA LUMPUR
7 Jun 2024
29 Zulkaedah 1445

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button