Nasional

Anwar terima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri New Zealand

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar New Zealand, Winston Peters di Putrajaya.

“Menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar New Zealand, Winston Peters di Putrajaya hari ini.

“Turut serta dalam pertemuan ini adalah Menteri Luar, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan. Melalui pertemuan ini kami menzahirkan komitmen dalam memperkasakan dan mengembangkan lagi kerjasama dua hala terutamanya dalam sektor peralihan tenaga, perdagangan dan pelaburan, pendidikan serta pertahanan.

“Kami juga saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama bersama termasuklah kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025.

“Saya juga turut mengalukan lawatan rasmi Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon ke Malaysia pada awal September ini.

“Semoga hubungan Malaysia dan New Zealand akan terus diperkukuh dan diperhebat demi manfaat bersama kedua-dua negara,” katanya di platform X. – SM 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button