BeritaPolitik

Harga kereta semakin naik

NAMPAKNYA harapan rakyat untuk menikmati hidup dengan lebih selesa semakin tinggal harapan apabila harga kereta juga dijangka semakin naik.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, harga kereta semakin naik disebabkan beberapa faktor seperti cukai jualan, penarikan insentif cukai dan nilai ringgit merosot.

Kenaikan itu tentunya bertentangan dengan kempen turunkan harga kereta dan kajian oleh Pengendali Invoke Malaysia, Rafizi Ramli bahawa harga kenderaan di negara ini sangat mahal ketika ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).

Berikut kenyataan penuh Najib:

Sebenarnya, harga kereta Malaysia dijangka semakin naik kerana:

1. Kos kereta di bawah cukai jualan 10 peratus adalah lebih tinggi berbanding GST enam peratus.

2. Penarikan insentif cukai dan penukaran cara pengiraan duti kereta oleh kerajaan PH.

3. Nilai Ringgit turun mendadak selepas PRU14 – terutamanya berbanding Yen Jepun dan Baht Thailand.

Mula-mula selepas PRU-14, syarikat kereta di Malaysia akur untuk tidak naikkan harga selepas cukai GST enam peratus ditukar menjadi cukai jualan 10 peratus dan cukai servis enam peratus.

Tetapi saya jangka keadaan ini tidak akan bertahan lama kerana kos syarikat kereta memang sudah naik selepas PRU-14.

Kenyataan Najib disokong netizen yang secara sindiran mengakui kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘berjaya’ menjaga kebajikan rakyat.

En Nazur menulis: “Wahhh murah sekarang la..salah tu dato seri😂..interest (kadar faedah) bank pun makin turun.. nak buat loan (pinjaman) pun senang..rakyat semakin mewah.. maka harga barang naik tak jadi masalah pun.. Alhamdullilah hebat pentadbiran pakatan.”

Alyaa Ahmad Jais pula bersetuju dengan Najib:

“Yes, betul! Baru-baru ini saya sendiri ada survey beberapa brand (jenama). Sebagai contoh, petang tadi saya ke Mazda, memang ada kereta diberhentikan pengeluaran kerana mereka merancang untuk melancarkan semula dengan harga yang lebih tinggi pada Mac 2020.

Kepada semua, tengok secara keseluruhan. Tengok pada local car (kereta tempatan) dan continental car (kereta luar negara). Sesiapa dalam bidang sales (jualan) akan perasan trend kenaikan harga untuk beberapa bulan akan datang.

So please (tolong). Kalau betul, kata betul. Terima hakikat dan realiti. Mohon jangan kata (Najib) fitnah semata-mata.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button