Nasional

Hanya lemon sebiji punca pemilik restoran dikecam teruk

“Mana ada kami memaki dan mencaci keluarga wanita yang makan di kedai kami, Rabu lepas.
Dakwaan itu adalah tidak benar,” demikian ujar anak pemilik Restoran 35, Nur Adilla Baharom, 39.

Kenyataan itu adalah susulan tular di media sosial seorang wanita yang membawa 10 ahli keluarganya dari Singapura menjamu selera di sebuah restoran terkenal di Plaza Mahkota, Bandar Hilir pada petang Rabu lalu.

Ahli keluarga wanita yang tular di media sosial mendakwa dimaki pemilik Restoran 35 di Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka pada Rabu lalu.

Sejak tular insiden itu termasuk rakaman video kedengaran suara bercakap seolah-olah pemilik kedai memaki hamun ahli keluarga wanita terbabit, kebanyakkan netizen mula mengecam teruk kejadian yang berlaku.

Insiden tersebut juga turut mendapat reaksi daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang ketika ini berada Dumai dan Pekanbaru mengetuai rombongan kerajaan negeri pada Misi Galakan Pelancongan Negeri Melaka.

Sepanjang tiga hari sejak insiden itu tular di media sosial pemilik restoran berkenaan teruk dikecam
kerana sikap biadap terhadap seorang wanita serta ahli keluarganya.

Hari ini anak pemilik restoran berkenaan yang lebih selesa dipanggil Ila tampil memberi penjelasan punca kejadian sebenarnya berlaku.

Nur Adillah Baharom.

Perkataan pertama terpacul dari mulut Ila: “Dakwaan wanita yang tular di media sosial bahawa keluarga mereka dari Singapura dimaki dan dicaci sewaktu menjamu selera pada Rabu lalu adalah tidak benar.”

Menjelaskan tersebut, Ila berkata dalam kejadian pukul 4.00 petang dan bukanya pukul 2.00 petang seperti didakwa itu berpunca daripada rasa tidak puashati ibu kepada wanita terbabit berusia dalam lingkungan 60-an ketika meminta air minuman lemon sebiji.

Katanya, keadaan ketika itu aman dan damai tanpa sebarang insiden berlaku sewaktu makanan yang diminta dihidangkan untuk 10 ahli keluarganya.

“Pada mulanya, adik lelaki saya hantar air lemon yang telah diperah dan sekeping daripadanya ada
di dalam minuman tersebut.

“Bila minuman itu sampai, wanita itu terus membebel kerana pesanannya tidak dituruti. Ibu saya kemudiannya menghantar lemon satu biji yang siap dipotong.

“Walaupun telah menerima minuman itu, ibu wanita itu masih terus membebel dan ada menyebut, dia orang berniaga jadi dia tahu sukatan buah lemon sebiji,” ujarnya.

Dia berkata demikian ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Tenaga Kerja, Perhubungan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem di sini hari ini.

Ila berkata, dakwaan wanita berusia 39 tahun itu, keluarga mereka dimaki dan dicaci adalah tomahan yang sengaja diadakan.

Dia berkata, rakaman video yang dimuatnaik di laman sosial itu adalah perbualan antaranya bersama ibu serta neneknya yang ketika itu berada di dapur.

“Suara dalam video itu adalah suara nenek saya yang memarahi saya dan ibu kerana membenarkan pelanggan memasuki kedai sedangkan ketika itu restoran sudah berkemas hendak ditutup setelah sebahagian makanan sudah habis.

“Tetapi wanita terbabit salah faham. Bukan kami marah dia dan keluarganya kerana kami bercakap di dapur dan mereka didepan.

“Nenak saya orang Melaka, memang suara emak dan ibu saya bila bercakap sangat kuat seperti orang bergaduh tetapi kami bersembang hal lain bukan memaki keluarga wanita seramai 10 orang menjamu selera di restoran,” ujarnya.

Mengenai dakwaan wanita terbabit bahawa keluarganya terpaksa membayar RM240 untuk makan telur dadar dan nasi berharga RM240, Ila berkata, perkara yang dibangkitkan itu adalah tidak benar sama sekali.

Jelasnya, mereka sebenarnya dijamu asam pedas pari sebanyak enam ketul, daging goreng kunyit untuk 10 orang makan termasuk, minuman, sambal belacan, ulam-ulaman, telur dadar lapan biji, ikan bilis petai, sayur campur.

“Sepatutnya harga asal sebanyak RM280 tetapi saya bagi diskaun RM240. Itupun mereka kata mahal. Kalau makan dua orang mungkin masuk akal dan patut kata mahal tetapi dia tidak pulak cakap apa makanan yang dimakan,” ujarnya.

Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang wanita dikenali sebagai Eira Aziera turut viralkan sikap pemilik restoran seperti yang terjadi Rabu lepas.

Namun selepas itu, wanita itu memohon maaf atas tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan hingga memalukan pemilik kedai di Plaza Mahkota itu.

“Saya harap pihak-pihak terbabit tidak lagi membangkitkan mengenai perkara tersebut selepas saya memberi penjelasan insiden sebenarnya berlaku. – SM Melaka

(Visited 634 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button