Nasional

Cuepacs tidak terima laporan penjawat awam tak vaksin dikenakan tindakan

KONGRES Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penjawat awam dikenakan tindakan seperti dibuang, digantung atau ditukarkan tempat kerja kerana belum atau enggan mendapatkan vaksin Covid-19.

Presidennya, Adnan Mat berkata, dianggarkan hanya 1.82% daripada 1.62 juta penjawat awam di seluruh negara belum divaksin selepas disahkan doktor tidak boleh mengambil vaksin akibat penyakit atau alahan.

“Mereka ini mempunyai perakuan sebagaimana pekeliling perkhidmatan yang mengecualikan mereka untuk menerima vaksin kerana mempunyai penyakit, alahan dan sebagainya dengan pengesahan doktor,” katanya.

Harian Metro melaporkan, setakat ini, kata Adnan, pihaknya juga tidak menerima laporan kewujudan kumpulan antivaksin dari kalangan penjawat awam.

“Mereka ini mempunyai perakuan sebagaimana pekeliling perkhidmatan yang mengecualikan mereka untuk menerima vaksin kerana mempunyai penyakit, alahan dan sebagainya dengan pengesahan doktor,” katanya.

Setakat ini, beliau berkata, pihaknya juga tidak menerima laporan kewujudan kumpulan antivaksin dari kalangan penjawat awam. – SM

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button