Hanya bawa bukti bersurat untuk ke luar negara
KERAJAAN melonggarkan kebenaran untuk rakyat ke luar negara tanpa perlu membuat permohonan di Jabatan Imigresen Malaysia.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu membawa surat daripada institusi pelajaran, syarikat atau dokumen berkaitan sebagai bukti untuk ke luar negara.
“Bagi pelajar, hanya perlu membawa surat yang membuktikan mereka perlu ke luar negara untuk meneruskan pengajian atau menduduki peperiksaan.
“Begitu juga dengan surat bagi urusan lain seperti perubatan, mesyuarat dan sebagainya yang memerlukan mereka untuk ke luar negara,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, surat itu hanya perlu ditunjuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia sebelum mereka berlepas di lapangan terbang.
Tambahnya, kelonggaran itu diberi untuk memudahkan rakyat bagi meneruskan akiviti yang memerlukan kehadiran mereka di luar negara. -SM