Politik

Guru & Petugas Kemas Sedia Berdepan Dengan Mak Ayah Pelajar Yang Fanatik Politik?

Mak ayah pelajar atau pun lebih tepat lagi orang-orang tua dalam Malaysia ini fanatik politiknya agak pelik.

Bahkan kalau dalam keluarga pun ada berbeza parti, sanggup menyumpah anak derhaka dan sebagainya.

Bayangkan.. disebabkan anak daftar lain parti, si ibu sampai tak halalkan susu yang diminum sejak lahir.

Namun demikian, itu antara cebisan kisah benar yang betul-betul terjadi dalam Malaysia suatu ketika dahulu.

Ketaksuban orang-orang tua terhadap sesuatu parti yang diundi ditatang bagai minyak yang penuh.


Walau bagaimanapun, trend hari ini bagaikan sudah berubah kerana ramai generasi muda bersikap terbuka.

Budaya taksub kepada parti sudah kurang kerana generasi muda lebih melihat kepada apa yang dia selesa.

Baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan guru sudah boleh berpolitik.

Kebenaran ini merangkumi semua guru termasuk petugas Institut Latihan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Ujar Ismail, isu ini sudah dibawa ke kabinet dan kabinet putuskan kebenaran itu berkuat kuasa serta-merta.

Antara tujuannya adalah bagi menghormati semangat demokrasi kerana keadaan sebelum ini tidak lagi relevan.

“Sebelum ini ada pekeliling yang menyekat guru dari berpolitik dan ramai pendidik diberikan amaran dan diambil tindakan.

“Jika pekeliling masih belum dikeluarkan, saya berharap Kementerian Pendidikan bertindak segera untuk keluarkannya supaya tiada lagi tekanan dilakukan terhadap guru-guru ini,” katanya kepada pemberita.

Ismail berkata demikian mengulas kebenaran guru untuk berpolitik selepas dipersetujui kabinet.

Mendengar pengumuman ini, terdapat dua analisis yang terlintas pada fikiran penulis.

Yang pertama, adakah guru-guru sedia berdepan dengan mak ayah pelajar yang fanatik politik?

Jika keadaan ini berlaku, mungkin suasana ‘bermasam muka’ tidak boleh dielakkan.

Dan yang kedua, bagaimana pula kepeningan Pakatan Harapan apabila agendanya terbatal?

Hal ini demikian kerana sebelum ini guru-guru dibenarkan berpolitik seperti rakyat biasa.

Namun semasa pentadbiran kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH), mereka tidak dibenarkan berpolitik.

Walaupun petugas Kemas juga diberikan kebenaran ini, mereka masih tertakluk kepada peraturan jabatan masing-masing.

(Visited 94 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button