Politik
Trending

‘Gelap’ gamatkan sidang Dewan Rakyat

TINDAKAN mencelah yang dilakukan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dengan perkataan ‘gelap’ ketika Kasthuri Patto berbahas cetuskan kekecohan dalam Dewan Rakyat.

Kasthuri yang merupakan Ahli Parlimen Batu Kawan dari DAP ketika itu bangun mempersoalkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih bagi Penggal Parlimen ke-14.

Persoalan dibangkitkan apabila cadangan terhadap pemilihan jawatankuasa tersebut tidak melibatkan Ahli Parlimen dalam kalangan wanita.

Bagaimanapun, ketika persoalan diajukan beliau, Abdul Azeez kemudian mencelah dengan perkataan yang disifatkan Kasthuri sebagai melampau.

“Gelap, tak nampak”

Demikian ringkas celahan yang dilakukan Abdul Azeez.

BACA > Sidang DUN Selangor bertegang isu khianat mandat rakyat — Suara Merdeka

Justeru, keadaan dewan bertukar kecoh apabila Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer (RSN Rayer) turut bangun mempertikai kenyataan Abdul Azeez.

RSN Rayer kemudian meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun mengarahkan Ahli Parlimen Baling menarik balik kenyataannya itu.

“Sebelum itu Speaker (Yang Dipertua) atas peraturan, saya minta Yang Berhormat Baling tarik balik kenyataan ‘gelap, tak nampak’ tadi.”

Kata beliau sejurus selepas Azhar Harun membenarkan usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih dibahaskan.

Namun, permintaan Ahli Parlimen daripada DAP itu dibalas Azeez yang menjelaskan kenyataannya disalah erti.

“Saya pun gelap tak nampak, YB pun gelap. Eh, gelap tak payah jadi isu.

“Saya Baling, gelap. Takkan gelap pun hendak jadi isu.

“Saya pun gelap, jadi apa masalah gelap sekarang ini.

BACA > Undian tukar Yang Dipertua faktor bubar Parlimen perlu — Suara Merdeka

“Macam mana saya tarik, saya gelap. Mana boleh saya tarik balik sedangkan saya gelap.

“Tuan Speaker, saya tidak menyatakan beliau gelap. Saya tidak katakan YB ini, YB ini gelap. Saya pun gelap, pakailah bedak selesailah masalah,” tegasnya.

RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudiannya mendesak Azhar supaya mengarahkan pemimpin Umno itu meminta maaf.

“Saya dengan segala hormatnya memohon speaker buat ‘ruling’ minta Baling tarik balik dan minta maaf. Awak tidak boleh benarkannya guna bahasa sedemikian,” katanya.

Kasthuri kemudian bangun berkata, “tadi yang berhormat Baling bukan sahaja kata saya ini gelap. Tetapi dia minta saya pakai bedak.”

Sejurus itu, RSN Rayer turut mencelah dan mendakwa Abdul Azeez sebagai seorang yang rasis.

Abdul Azeez daripada Barisan Nasional (BN) bagaimanapun kemudian menarik balik komennya.

“Datuk Speaker, tak apalah, kita ini besar hati, kita hendak teruskan urusan (usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih).

“Saya tarik balik, tak mengatakan kepada dia pun. Saya tarik balik,” ujarnya.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan menyampaikan usul Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi melantik Ahli Jawatankuasa Pemilih baharu.

BACA > Kluster baharu Covid-19 di Melaka — Suara Merdeka

Mereka adalah, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Fadhilah Yusuf, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button