Ekonomi

FGV bayar zakat perniagaan kepada MAIPs

Kumpulan FGV memperuntukkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 selepas memuktamadkan pengiraan taksiran mengikut kadar keuntungan setiap anak syarikatnya berjumlah RM221,628 melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pengerusi Kumpulan FGV Holdings Berhad, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Mohd Nazrul Izam Mansor mempersembahkan sumbangan tersebut kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al Hidayah, Titi Beratap, Simpang Empat baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Pihak FGV Holdings Berhad turut menyerahkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada masjid tersebut untuk tujuan kegunaan aktiviti serta pengurusan dan RM15,000 lagi beserta beberapa produk barang keluaran FGV kepada seramai 30 orang asnaf terpilih kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Dato’ Hj Talib Hj Ali.

Pada majlis tersebut juga Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan untuk diagihkan oleh amilnya, Yusoff Hassan.

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button