Berita

Raja Muda Perlis titah semua mendoakan kesejahteraan negara

Kita tidak tahu bilakah wabak Covid-19 ini akan berakhir sepenuhnya. Ada yang berpendapat bahawa ia akan terus kekal dalam kehidupan kita. Sifat virus ini sentiasa bermutasi. Adalah tidak mustahil akan wujud varian-varian yang lebih merbahaya selain dari Delta, Lambda dan Omicron. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah melindungi rakyat Perlis dari terus dijangkiti Covid-19, dipermudahkan segala urusan harian dan dimurahkan rezeki. Semoga Negeri Perlis dan negara Malaysia akan terus berkembang maju, makmur, aman dan harmoni.

Demikian titah harapan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Rokiah Nyan, 63 tahun yang tinggal di Kg Bangsal Lebah, Kuala Perlis baru-baru ini. Beliau tinggal bersama anak dan merupakan penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ dan merupakan penghidap sakit kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Sementara itu, dalam sesi yang berasingan
Tuanku Raja Muda dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail menitahkan ucapan ‘Selamat Bergembira’ dalam suasana dan SOP kelaziman baharu bersama seluruh ahli keluarga dan rakan taulan kepada seluruh rakyat negeri Perlis yang menyambut Hari Krismas pada sabtu, 25 Disember 2021 tidak kira di mana sahaja mereka berada.

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button