Auto TravelSukan

Ferrari juarai perlumbaan pembukaan F1 musim ini

Kembali garang, sapu kedudukan 1-2 di Grand Prix Formula Satu Bahrain

SELEPAS beberapa tahun agak tenggelam, Ferrari memberi amaran awal kepada pencabarnya apabila Charles Leclerc memenangi perlumbaan sulung 2022 dengan menjuarai Grand Prix Formula Satu (F1) Bahrain, manakala rakan sepasukannya, Carlos Sainz di tempat kedua, awal pagi tadi.

Juara bertahan, Max Verstappen terkeluar daripada perlumbaan kerana masalah elektrikal, dua pusingan sebelum tamat saingan, sekali gus melengkapkan hari buruk pasukan Red Bull.

Charles Leclerc dan rakan sepasukannya, Carlos Sainz meraikan kemenangan mereka di GP Formula Satu Bahrain awal pagi tadi

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari Mercedes melengkapkan podium dengan menaiki tangga ketiga.

George Russell yang beraksi dalam perlumbaan pertamanya sejak menggantikan Valtteri Bottas memberi permulaan baik buat Mercedes dengan berada di tangga keempat.

Bagi Leclerc yang lima kali bertukar kedudukan pendahulu dengan Verstappen pada dua pusingan pertama, kemenangan itu memberi kegembiraan yang besar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button