Nasional

Empat sekeluarga maut dalam kebakaran di di Penampang

EMPAT sekeluarga maut alam kebakaran sebuah rumah di Taman Hungab, Jalan Nosob, di Penampang, awal pagi tadi.

Mereka yang terkorban adalah pasangan suami isteri Matthew Wong, 50, dan Jecky Vun Kon Fong, 47, dan dua anak mereka, Brandon Wong, 18, serta Eric Wong, 15 tahun.

Bomba berkata, kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi  dengan rumah berkeluasan 55 meter persegi itu terbakar 100 peratus, sementara dua buah kenderaan iaitu Proton Saga dan Perodua Alza turut musnah 30 peratus.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.52 pagi.

Sepasukan 11 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).


Sebaik tiba di lokasi kejadian, api masih marak dan operasi pemadaman segera dijalankan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Api berjaya dikawal pada pukul 3.40 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.10 pagi.

Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan bomba menemui empat mangsa rentung di dalam rumah berkenaan.

Tiga mangsa lelaki terperangkap di dalam bilik di tingkat atas, manakala mangsa wanita ditemui di dalam bilik air.

(Visited 69 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button