EkonomiLuar Negara

Ekonomi berada pada landasan betul untuk pulih

WALAUPUN berhadapan dengan tekanan kewangan dan defisit akibat serangan pandemik Koronavirus (Covid-19), ekonomi dijangka kembali pulih secara berperingkat mulai tahun ini.

Unjuran positif itu dijangka selepas beberapa pelan inisiatif seperti pakej rangsangan ekonomi dan suntikan fiskal dilaksanakan kerajaan.

BACA > Jangan bagi isyarat salah ‘cahaya di hujung gua’ — Suara Merdeka

Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Bank Negara menjangkakan ekonomi kembali meningkat 0.5 peratus pada tahun ini.

Pengurus Kajian, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Lau Zheng Zhou, berkata, kerajaan meletakkan negara pada landasan yang betul ketika serangan pandemik.

“Malaysia melakukan sesuatu yang memberangsangkan dalam meratakan graf Covid-19 sekali gus meletakkan ekonomi mempunyai asas yang kukuh untuk kembali pulih.

“Walaupun berhadapan dengan defisit ekoran suntikan fiskal, namun itu dapat mengurangkan impak besar terhadap pendapatan dan pengangguran.

“Sekiranya itu berlaku, mungkin perubahan dasar perlu dilakukan dengan lebih drastik,” katanya seperti dilaporkan portal Channel News Asia hari ini.

BACA > Patuhi SOP jika singgah R&R ketika balik kampung rentas negeri — Suara Merdeka
BACA > PKPP: “Terima kasih abang polis dan abang askar” — Suara Merdeka

Dalam pada itut, lapor portal itu lagi, Bank Dunia menjangkakan ekonomi berada pada peringkat pemulihan sehingga tahun ini.

Kemudian, pada 2021 ekonomi negara akan kembali berkembang.

Menyokong kenyataan tersebut, Penganalisis Kanan Ekonomi ASEAN – UOB, Julia Goh memaklumkan walaupun perkembangan agak perlahan namun pemulihan tetap berlaku.

“Risiko berjaya diatasi melalui pengoperasian semula beberapa sektor ekonomi dan strategi bersama prosedur operasi standard (SOP) disokong dengan bantuan kewangan dan suntikan fiskal.

“Semua negara sedang melakukan strategi tersebut termasuk juga Malaysia,” jelasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM295 bilion yang diberi melalui tiga peringkat.

Tiga peringkat iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion, bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebanyak RM10 bilion.

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) adalah siri rangsangan ekonomi yang ketiga bernilai RM35 bilion.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM10 bilion diguna sebagai suntikan fiskal langsung daripada kerajaan.

BACA > MAM harap SOP khas sukan permotoran diluluskan kerajaan — Suara Merdeka
BACA > Lebih 35,000 pemohonan geran khas Prihatin lulus, bayaran akhir Jun — Suara Merdeka

Sejajar dengan itu, beliau turut mengumumkan PKP Bersyarat (PKPB) diganti dengan PKPP sebagai fasa terakhir pembendungan wabak Covid-19. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button