Nasionalpilihan

Eco-Cruise Sungai Linggi tarikan pelancong utara Melaka

Produk Eco-Cruise Sungai Linggi dijangka menarik lebih ramai pengunjung serta menjadikan ia salah satu lokasi pelancongan di Utara Melaka paling menonjol sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, menyusuri sungai Linggi sebenarnya menggamit ramai pelancong kerana kawasan ini mempunyai pelbagai aktiviti yang cukup hebat dengan hasilnya.

Menurutnya, Taman Lokan adalah satu tarikan kerana ia merupakan makanan yang cukup sedap selain aktiviti menyusuri sungai berkenaan akan membawa pelancong
melihat flora dan fauna manakala pada sebelah malam terdapat kelip-kelip.

Ab. Rauf Yusoh melancarkan Eco-Cruise Sungai Linggi di Kampung Paya
Lebar, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.

“Lebih menarik kita dapat melihat dari dekat habitat 1,400 ekor buaya di sepanjang sungai Linggi hingga ke muaranya dan lebih unik kita dapat lihat spesis ini berehat sewaktu air surut.

“Jadi kawasan ini akan jadi daya penarik, lebih ramai lagi dan kita mewujudkan satu kawasan glamping yang baharu khusus bagi kawasan caravan yang pertama
dilancarkan di negeri Melaka.

Related Articles

“Saya yakin menjelang TMM2024 kita ada salah satu produk pelancongan di utara Melaka iaitu Eco Cruise Sungai Linggi dijangka menarik lebih ramai pengunjung beriadah bersama keluarga, bersantai dalam keadaan lebih rileks,” ujarnya kepada pemberita selepas melancarkan Eco-Cruise Sungai Linggi di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah di sini hari ini.

Sejurus selepas itu Ab. Rauf turut merasmikan Restoran Terapung Sungai Linggi berdekatan Taman Lokan.

Mengulas lanjut Ab. Rauf berkata, orang ramai berpeluang menaiki Eco-Cruise Sungai Linggi secara percuma menjelang pembukaan rasmi pada 5 Januari depan.

Menurutnya, tawaran menaiki Eco-Cruise Sungai Linggi percuma hanya pada hujung minggu sahaja bertujuan bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menyusuri sungai berkenaan.

“Eco-Cruise menyusuri Sungai Linggi bermula di Jeti Paya Lebar sehingga ke Taman Lokan yang memakan masa kira-kira tiga jam untuk perjalanan pergi dan balik selain menikmati makan tengahari di Restoran Terapung,” ujarnya.

Katanya, pengunjung juga berpeluang melihat Sabak Arang yang merupakan sebuah tempat pembuatan arang kayu yang berusia kira-kira 100 tahun. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button