NasionalRencah Hidup

DVAC Malaysia santuni pelajar tahfiz

SETIAP hujung minggu, ada sahaja aktiviti sukarelawan yang dilakukan untuk menyantuni golongan yang memerlukan bantuan dan sumbangan sepanjang Ramadan.

Mengambil keberkatan bulan Ramadan, Sukarelawan Bencana dan Kebajikan Malaysia (Disaster Volunteer and Charity Malaysia, DVAC Malaysia) mengadakan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2024 di tahfiz sekitar Hulu Langat.

MUDIR Madrasah Tahfiz Buloh, Ustaz Khair Nor Mohamad (kiri) menyambut ketibaan sukarelawan DVAC Malaysia di Kampung Lubok Kelubi,Hulu Langat, Selangor.

Pengerusinya, Khairul Badri Abdul Basit berkata, idea Program Kongsi Rezeki Ramadan 2024 itu tercetus selepas pihaknya menerima sumbangan daripada orang ramai untuk DVAC Malaysia menganjurkan program amal di bulan Ramadan.

Katanya, melalui program tersebut, pihaknya telah mengagihkan bubur lambuk dan bubur pulut hitam di tiga buah tahfiz yang terletak di daerah Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.

Beliau berkata, tiga tahfiz yang terlibat ialah Maahad Tahfiz Wadi Faham di Dusun Tua; Madrasah Tahfiz Buloh di Kampung Lubok Kelubi dan Maahad Tahfiz Az Zahrah di Batu 18 ½ Hulu Langat, Selangor.

“Matlamat utama penubuhan DVAC Malaysia adalah untuk membantu mangsa bencana alam seperti banjir atau tanah runtuh.

“Memandangkan tiada mangsa bencana alam yang memerlukan bantuan pada ketika ini, maka kami memutuskan untuk mengadakan gotong royong menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada pelajar tahfiz di sekitar daerah Hulu Langat.

“Pemilihan tahfiz terbabit adalah kerana berdekatan dengan tempat gotong royong diadakan di bengkel saya yang terletak di Batu 9, Cheras,” katanya kepada Suara Merdeka.

Sebanyak 30 sukarelawan terlibat dalam gotong royong menyediakan bubur lambuk dan bubur pulut hitam pada Ahad lalu.

Pada program itu,sebanyak 600 pek bubur lambuk dan 350 pek bubur pulut hitam telah diagihkan kepada tahfiz berkenaan.

“Kami masak lebih untuk disumbangkan juga kepada kariah surau At-Taqwa di Taman Wangsa Cheras dan surau Nurul Hidayah di Taman Kemacahaya Cheras serta pelajar Sekolah Menengah Agama Hulu Langat dan pengunjung Bazar Ramadan Taman Cuepacs,” ujarnya.

Program tersebut telah selamat dianjurkan pada Sabtu lalu  di sebuah tahfiz di Ulu Dong, Raub, Pahang.

Untuk yang mahu berkongsi rezeki, anda boleh menyumbang ke Tabung Misi Kemanusiaan Sukarelawan Bencana dan Kebajikan (DVAC), nombor akaun 14080001469717 (Bank Muamalat). – SM

BACA 41 pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling sembuh COVID-19

BACA Pelajar tahfiz cedera tercucuk kepala paip besi pada perut

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button