Nasional

Pelajar tahfiz cedera tercucuk kepala paip besi pada perut

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas tercucuk kepala paip besi pada perutnya dalam kejadian di Madrasah Hj Ghani, Kampung Serkam Timur di Merlimau, Jasin malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Penolong Pegawai Bomba Mohd Faisal Fuad berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.42 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama tujuh anggota dan tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.

“Setelah tiba di tempat kejadian kami mendapati seorang pelajar tahfiz tercucuk kepala paip besi di bahagian perut.

“Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong batang besi yang bersambung dengan kepala paip berkenaan menggunakan pemotong hidraulik,” katanya.

Beliau berkata mangsa dibawa dengan ambulans untuk menerima rawatan lanjut di hospital berdekatan. – BERNAMA


(Visited 237 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button