NasionalUncategorized

Duda jadikan anak sendiri sebagai pemuas nafsu

SEORANG duda tergamak menjadikan anaknya sebagai tempatnya melampiaskan nafsu sejak 2016 hingga mangsa yang berusia 23 tahun hamil.

Kejadian tersebut berlaku di Sadong Jaya, Kuching, Sarawak selepas mangsa mengadu kepada keluarganya yang dirinya mengandung sejak Mac lalu.

Lelaki berusia 52 tahun itu akhirnya diberkas di rumah keluarganya selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintenden Sudirman Kram berkata, suspek mula melakukan aktiviti sumbang mahram sejak di rumah pekerja sebuah kilang di Kuching sejak Januari 2016.

BACA> Ingatkan wang terpijak, rupanya umpan ah long

“Pada Februari lalu, suspek telah berhenti kerja dan pulang ke kampung bersama mangsa serta tinggal di rumah nenek mangsa.

“Dalam tempoh tersebut, suspek dan mangsa ada melakukan hubungan seks sebanyak dua kali sebelum dia menyedari dirinya mengandung apabila tidak datang haid sejak Mac,” katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

Menurut Sudirman, suspek yang telah kematian isteri mengaku kepada ahli keluarga lain yang dia menjadi punca mangsa mengandung.

“Manakala suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

BACA> Dokumentari Al Jazeera ada unsur-unsur hasutan

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan,” jelasnya. -SM

(Visited 579 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button