Dua anggota polis simpati kepada keluarga yang terjejas akibat COVID-19
PADA mulanya, dua anggota polis yang ditugaskan bagi memastikan orang ramai mematuhi Parintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya mahu menasihati keluarga ini.
Namun selepas melihat keadaan keluarga tersebut terjentik sifat insani pada diri kedua anggota polis, Koperal Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel Mudrikah Nazirul Mubin.
Keluarga yang mereka temui ketika menjalankan tugas Op Covid-19 di bawah PKP di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, Johor merupakan keluarga susah.
Daripada niat asal kedua-dua anggota polis itu ingin menasihati keluarga tersebut yang dilihat berada di sebuah taman permainan berubah menjadi simpati.
BERITA BERKAITAN:
- Perintah Kawalan Pergerakan disambung kerana sikap kita
- Perintah Kawalan Pergerakan di Simpang Renggam diperketatkan
Dua anggota tersenut tersentuh apabila si isteri merintih tidak lagi mempunyai sumber kewangan dan makanan.
Ini ekoran yang yang bekerja sebagai tukang cuci direhatkan sementara oleh majikan dalam tempoh pelaksanaan PKP.
Keadaan itu tentunya lebih buruk apabila PKP dilanjutkan hingga pertengahan bulan April.
Si suami pula yang sebelum ini bekerja di Singapura terpaksa berhenti kerana tidak mempunyai permit sah.
Demi meringankan sedikit beban yang terpikul, keluarga tersebut dibawa ke sebuah kedai runcit berhampiran dan dibelikan segala keperluan harian termasuk bantuan susu buat si anak yang baru berusia setahun empat bulan.
Tahniah dan syabas dua anggota polis terbabut atas keprihatinan membantu mereka yang terkesan dalam krisis yang sedang berlaku ketika ini.
Tindakan buat Koperal Mohd Hisham dan Konstabel Mudrikah membuktikan polis dan masyarakat sememangnya berpisah tiada.
Mereka bukan sekadar melaksanakan peraturan dan undang-undang, tetapi pada masa yang sama turut membantu golongan yang memerlukan.
Buat keluarga berkenaan, semoga mereka sabar dan tabah dengan dugaan yang menimpa.
‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.’
Sumber: Polis Johor