KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menyelar Dong Zong sebagai pertubuhan yang sangat racis dan tidak pernah memperjuangkan tentang Malaysia, tetapi hanya mementingkan kaum Cina semata-mata.
Menurut Mahathir, Dong Zong menentang keras cadangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan di mana-mana semua kaum belajar di premis yang sama.
” Apa masalah dengan Dong Zong, saya dahulu sekolah pun memang ada kaum Benggali, India dan Cina dan kami bergaul tanpa ada masalah,” katanya.
Dong Zong, kata Mahathir tidak boleh hanya memikirkan tentang satu kaum sahaja, kerana negara ini adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum.
Dong Zong is a racist organisation says Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad. pic.twitter.com/DHvccrcxB8
— Raja Petra Bin Raja Kamarudin (@RajaPetra) December 24, 2019