Diduga dengan sihir, Andi Bernadee akui terpaksa bekerja untuk teruskan kehidupan
BARU-baru ini kecoh berkenaan dengan kisah pelakon dan penyanyi, Andi Bernadee yang didakwa telah terkena sihir.
Namun, Andi mengakui walaupun berhadapan dengan ujian sebegitu, dia tetap perlu meneruskan kerjayanya dalam bidang seni.
“Walaupun saya diuji dengan perbuatan sihir, kerja untuk mencari rezeki tetap diteruskan demi kelangsungan hidup anak seni.
“Tambahan pula dalam keadaan sekarang semua berebut untuk mendapatkan peluang atau mencari rezeki.
“Saya sebagai anak seni kena berusaha dan kena kuat bekerja agar untuk hidup. Kerja macam kami tak ada gaji bulan, ibaratnya kais pagi, kais petang untuk mencari rezeki,” katanya.
Andi pada 13 Mac lalu telah meluangkan masanya bersama peminat bersempena dengan perasmian butik Fipper di Aeron Seri Manjung.
Dalam pada itu, Andi memberitahu yang dia masih lagi aktif dalam bidang seni dalam dunia lakonan dan nyanyian.
“Saya juga baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Kais Pagi Kais Petang dan lagu ini menggambarkan kehidupan setiap manusia yang perlu bekerja setiap hari untuk mendapatkan rezeki.
“Ada orang yang senang dan ada orang yang susah. Ini lumrah kehidupan bukan di negara kita sahaja, malah seluruh dunia melalui kehidupan yang sama,” katanya.
Dalam pada itu, Andi memberitahu yang Fipper juga menjalankan kempen bersama Zoo Negara dengan setiap pembelian Trucker Cap yang berharga RM9.90 anda telah menyumbang kepada Zoo Negara.
Jumlah jualan ini akan diserahkan sepenuhnya kepada Zoo Negara bagi menampung kos operasi.
Andi juga turut menyeru orang ramai untuk terus menyokong program ini demi membantu haiwan haiwan di Zoo Negara.
“Andi sendiri diberi penerangan tentang perbelanjaan untuk memelihara haiwan disini, sangat besar jumlah. Jadi, marilah sama sama kita bantu pihak Zoo Negara,” katanya.
Fipper juga merancang untuk menghasilkan video raya edisi Fipper yang sepatutnya dilaksanakan tahun lepas tetapi ia ditangguhkan sebab PKP, harapan agar tahun ini terlaksana projek video raya Fipper bersama Andi. -SM