Nasional

Ubah sidang Dewan Rakyat ke dewan orang ramai

UBAH sidang Dewan Rakyat dari bangunan Parlimen ke dewan orang ramai. Itu antara cadangan-cadangan sinikal daripada netizen ekoran alasan terlalu sejuk punca wakil rakyat tidak berada dalam dewan.

Daripada komen-komen orang ramai di facebook Suara Merdeka, mereka kecewa dengan alasan remeh dan tidak masuk akan termasuk yang diberikan oleh mereka yang bertaraf timbalan menteri.

Komen ini ekoran Suara Mendeka menyiarkan berita mengenai sepucuk surat permohonan agar peralatan pendingin hawa ditutup ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung telah dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Arif Md. Yusof hari ini.

Surat yang dikirimkan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Shahrul Nasrun Kamarudin itu rentetan terdapat keluhan ahli Parlimen yang tidak mampu untuk duduk lama di dalam Dewan Rakyat disebabkan suhu sejuk yang melampau.

Pemegang akaun MRchar Kueytiow secara sinikal mencadangkan persidangan Parlimen diadakan di dewan orang ramai.

Selain itu beliau juag mencadangkan supata dibuat sidang parlimen bergerak supaya boleh dapat rekod dunia sidang parlimen bergerak yang pertama di Malaysia.

“Ubah saja persidangan Parlimen ke dewan orang ramai. Buat sidang parlimen bergerak dijamin boleh dapat rekod dunia. Sidang parlimen bergerak yang pertama. Malaysia baharu kan?” Tulisnya.

Harun Ujis Cassyeem pula berkata, kerajaan baharu ini sudah mencatat sejarah apabila “sejuk” sebagai alasan untuk Parlimen jadi “kosong”.

Baru-baru ini ketika memberi respon kenapa Dewan Rakyat kosong dan tidak cukup korum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin menjadikan kesejukan Dewan Rakyat sebagai penyebab tidak ramai wakil rakyat mampu duduk berjam-jam semasa persidangan berlangsung.

Beliau yang juga ahli Parlimen Sepang berkata, sukar bagi Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat secara berterusan kerana suhunya yang cukup rendah.

Katanya, adalah mustahil bagi wakil rakyat untuk terus menahan kesejukan itu dalam tempoh masa yang lama dan suasana sama juga sering berlaku di mana-mana Parlimen di negara lain.

“Bukan mudah untuk kami duduk dalam jangka masa yang lama. Ada ketikanya ia sangat sejuk. Di mana-mana sahaja di (Parlimen) negara lain, anda tidak boleh jangka Ahli Parlimen terus duduk dalam dewan,” katanya.

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button