Nasional

Darurat: Tiada pemerintahan ala tentera di Batu Sapi

PENGUMUMAN darurat yang diisytiharkan di Batu Sapi hanyalah bertujuan untuk membatal dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengistiharan darurat setelah mendapat perkenan Yang diPertuan Agong untuk menlindungi nyawa rakyat.

“Kehidupan rakyat di Batu Sapi tidak akan terjejas dengan perisytiharan darurat ini. Tidak ada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera di Batu Sapi.

“Pentadbiran kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat diteruskan tertakluk kepada amalan norma baharu dan peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam sidang pengumuman khas hari ini.

Menurut Muhyiddin, Peguam Negara telah memberikan pandangan bahawa tidak ada cara lain untuk membatalkan PRK Batu Sapi melainkan dengan perisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.


“Menurut Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

“Saya bagi pihak Kerajaan Perikatan Nasional ingin memberi jaminan bahawa apabila pandemik COVID-19 berakhir, PRK Batu Sapi akan diadakan dengan kadar segera tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Untuk rekod, kes Covid-19 di Sabah mengalami peningkatan sebanyak 91.5 peratus ketika hari mengundi PRU Sabah.

Situasi penularan COVID-19 di Sabah menjadi lebih buruk apabila peningkatan berlaku secara mendadak dalam tempoh empat minggu selepas hari mengundi.

Pada 24 Oktober 2020, Sabah mencatatkan 11,285 kes kumulatif dan menjadi negeri pertama di Malaysia yang merekodkan jumlah kes COVID-19 melebihi 10,000 kes. -SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button