Nasional

PRK Batu Sapi ditangguhkan, elak penularan Covid-19

Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang sepatutnya diadakan pada 5 Disember ditangguhkan selepas mendapat pengisytiharan darurat oleh Yang di-Petuan Agong bagi kawasan tersebut.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penangguhan itu dibuat selepas data menunjukkan peningkatan sebanyak 91.5 peratus kes Covid-19 pada hari mengundi Pilihan Raya Umum Negeri Sabah, 26 September lalu.

“Faktor pertama penangguhkan PRK Batu Sapi ialah kerana ancaman terhadap kesihatan awam. Kegagalan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada PRU Sabah membuatkan negara berhadapan gelimbang ketiga wabak tersebut.

“Kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menghadapi kekangan untuk mendapatkan petugas disebabkan kebimbangan terkena jangkitan Covid-19.

“Setakat 6 November lalu, hanya 143 petugas yang dilantik untuk pilihan raya berbanding 837 orang yang diperlukan semasa PRK Batu Sapi,” katanya dalam sidang pengumuman berkenaan PRK tersebut hari ini.

Menurut Muhyiddin, faktor ketiga ialah pergerakan rentas daerah melibatkan pegawai SPR dan pengundi yang terpaksa melalui kawasan merah atau kuning sekaligus meningkatkan kadar jangkitan Covid-19.

Jelasnya, jumlah pengundi warga emas yang ramai iaitu sebanyak 22.3 peratus juga menjadi sebab penangguhan kerana tiada jaminan mereka tidak akan terkena jangkitan Covid-19 yang boleh membawa maut.

“Faktor terakhir ialah kesan ke atas kehidupan sosial dan ekonomi penduduk Batu api dan daerah Sandakan yang boleh terganggu jika berlaku peningkatan penularan Covid-19 secara mendadak.

“Pada masa ini pun, kesan ekonomi telah amat dirasai oleh rakyat hingga ada yang kehilangan pekerjaan dan putus mata pencarian akibat
wabak ini,” ujarnya.

Jelasnya, kerajaan berlaku lonjakan kes-kes baharu COVID-19 di Batu Sapi khususnya, dan di Sabah amnya sekiranya pandemik ini menular selepas PRK Batu Sapi diadakan.

Tambahnya, jemaah Menteri juga berpendangan PRK Batu Sapi wajar ditangguhkan ke satu tarikh lain yang lebih sesuai iaitu apabila pandemik Covid-19 berakhir. -SM

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button