Politik

Darurat: Kerajaan perlu guna kuasa penuh laksana lockdown

KERAJAAN punyai kuasa penuh dalam tempoh Perintah Darurat bagi membendung penularan pandemik Koronavirus (Covid-19) sepenuhnya.

Justeru, wajar kerajaan menggunakan kuasa melalui ordinan-ordinan yang boleh diterbitkan termasuk menyekat Covid-19 melalui penutupan ekonomi.

Peningkatan sekatan melalui beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan disifatkan tidak akan dapat mengurangkan penularan pandemik dalam masa singkat.

Ini kerana, premis menempatkan pekerja yang ramai seperti kilang meningkatkan risiko penularan penyakit itu kerana SOP pencegahan serta penjarakan fizikal sukar diamalkan di sana.

“Kerajaan mempunyai kuasa penuh darurat dan kuasa penuh untuk menggunakan wang negara. Pulihkan rakyat dahulu kerana rakyat yang akan merancakkan ekonomi negara.

“Jika masih gagal dan keadaan COVID menjadi berkali ganda lebih serius selepas lebih 4 bulan kuasa penuh Darurat dikuatkuasakan, maka pikullah tanggungjawab atas kegagalan ini.

“Justeru Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dicadangkan (total lockdown) seperti tahun lalu apabila semua sektor dikawal atau ditutup sementara.

Demikian ulasan Naib Ketua Pergerakan Wirawati Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Nurhafizah Jamalludin, mengulas mengenai penguatkuasaan SOP baharu PKP3.0 bermula tengah malam ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan semula SOP melibatkan sekotr pekerjaan dan perniagaan termasuk menghadkan operasi premis dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

SOP yang diperketatkan itu diumumkan selepas penularan Covid-19 mula memasuki angka 6,000 ke atas dan angka yang dilaporkan tertinggi dalam negara adalah semalam, 6,976 kes.

Penguatkuasaan SOP dipeketatkan itu akan bermula pada 25 Mei dan dijangka berakhir pada 7 Jun ini.

Bagaimanapun, Nurhafizah dalam kenyataan sama mengingatkan kerajaan supaya melihat syarikat dan perniagaan kecil yang berisiko digulung akibat pelaksanaan PKP tidak menyeluruh ini.

NURHAFIZAH JAMALUDDIN

” Wirawati Putra juga mencadangkan agar kerajaan perhebat aplikasi jualan atas talian atau menggalakkan peniaga, penjaja, kenderaan bersaji atau kiosk-kiosk untuk berniaga di media sosial tanpa sebarang caj atau syarat.

“Syarikat-syarikat yang membuat aplikasi atas talian juga perlu mengadakan kerjasama kerajaan dan diarahkan untuk membantu usahawan dan peniaga kecil di lokaliti masing-masing untuk memasarkan produk mereka,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button