NasionalUncategorized

Dana 1MDB kembali kepada Malaysia

PENYELESAIAN kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan kerajaan dan syarikat Goldman Sachs menyaksikan dana bernilai RM16.6 billion akan kembali kepada Malaysia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dia menyambut baik pengumuman mengenai penyelesaian yang dicapai kedua-dua pihak bagi tuntutan-tuntutan kerajaan berhubung salah laku dan penyelewengan dalam kes 1MDB.

“Dengan penyelesaian ini, dana 1MDB akan dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah RM19 billion.

BACA> Muhyiddin tidak pernah tinggalkan UMNO – Tok Mat

“Ini termasuk dana yang dipulangkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebelum ini.

“Kerajaan komited untuk meneruskan usaha mendapatkan semula aset-aset lain berkaitan 1MDB dan meneruskan tuntutan-tuntutan terhadap individu dan pihak yang berkaitan dengan skandal penyelewangan 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan pasukan perunding atas usaha mencapai penyelesaian itu.

BACA> Mohon batal, pendakwa kerap minta tukar pertuduhan – Najib

Tambahnya, apa yang berlaku adalah satu kejayaan dalam usaha mengembalikan hak dan harta rakyat Malaysia. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button