Ekonomi

Cukai digital pada kadar 6% bermula Januari

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) hari ini mengeluarkan soalan lazim mengenai pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital diimport yang akan bermula pada 1 Januari, 2020.

Dalam helaian soalan lazim yang dikeluarkan hari ini, kementerian itu berkata, kadar cukai tersebut akan bermula pada enam peratus ke atas pihak penyedia perkhidmatan digital.

“Semua hasil cukai perkhidmatan akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

“Hasil tersebut akan digunakan untuk membiayai aktiviti pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat seperti menambah baik kemudahan infrastruktur jalan raya, kesihatan dan pendidikan yang tentunya dapat terus menyokong pembangunan ekonomi yang mapan dalam jangka panjang,” kata MOF.

Antara contoh perkhidmatan digital yang dikenakan cukai ialah kandungan digital, perisian program, perkhidmatan pengurusan data elektronik dan perkhidmatan pengiklanan dalam talian.

Kementerian itu juga berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang menyediakan garis panduan soalan lazim berkaitan cukai perkhidmatan digital diimport.

“JKDM turut akan menjalankan “roadshow” (jerayawara) di dalam dan luar negara bagi tujuan penyampaian maklumat serta pendaftaran awal syarikat yang berkaitan dengan perkhidmatan digital,” kata kementerian itu.

Bagi maklumat lanjut, boleh hubungi pusat panggilan Kastam di talian 1300-888-500 untuk sebarang pertanyaan tentang cukai digital. – BERNAMA

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button