Nasional

89 peluru, bom Perang Dunia Kedua dijumpai di Ipoh

SEBANYAK 30 butir peluru dan 59 bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di sekitar kawasan Pelabuhan Darat Terminal Kargo Ipoh di Jalan St John, di Ipoh, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Nordin Abdullah berkata penemuan bom pada pukul 9.30 pagi itu dimaklumkan oleh penyelia tapak sebuah syarikat kontraktor Keretapi Tanah Melayu (KTM) Bhd yang ketika itu sedang membuat kerja mengorek tanah bagi membina landasan baharu.

“Pengadu yang merupakan seorang pengurus operasi kemudiannya membuat panggilan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata susulan daripada laporan itu, pihaknya telah pergi ke tempat kejadian yang merupakan landasan keretapi kargo dan menemukan 30 unit bom jenis “Uxo Artillery” bersaiz 105 milimeter (mm), 29 unit bom jenis “Land Bom Anti Personnel Mines” dan 30 butir peluru bersaiz 7.62 mm yang sudah berkarat.

Beliau berkata susulan penemuan itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) daripada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak telah mengarahkan pihak kontraktor supaya kerja-kerja mengorek di kawasan berkenaan dihentikan sementara waktu.

Related Articles

“Anggota juga sedang membuat kawalan di pintu masuk tempat kejadian sehingga selesai.

Dan pada pukul 2 petang tadi, kesemua bom tersebut dibawa oleh anggota unit bom IPK Perak ke Lapang Sasar Chenderiang, Tapah untuk tindakan susulan,” katanya. – BERNAMA

(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button