Rencah Hidup

Cuaca Buruk di Kuala Lumpur: Peniaga Bazar Jalan TAR Terkesan, DBKL Dipersoal

BEBERAPA insiden tidak diingini berlaku di ibu kota semalam susulan cuaca buruk yang melanda, termasuk runtuhan dinding panel di stesen LRT Masjid Jamek serta kemusnahan khemah peniaga di bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Kejadian tersebut menyebabkan peniaga mengalami kerosakan teruk, sekali gus menjejaskan perniagaan mereka.

Situasi di bazar Jalan TAR menjadi tular di media sosial, khususnya TikTok, apabila video menunjukkan sekumpulan peniaga berang terhadap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas khemah mereka tumbang akibat angin kencang. Dalam rakaman tersebut, beberapa peniaga dilihat menjerit dan memarahi pegawai DBKL yang berada di lokasi kerana kecewa dengan keadaan yang berlaku.

Malah, ada peniaga wanita yang tidak dapat menahan emosi, merayu agar pihak berkuasa melihat sendiri kesan kemusnahan yang mereka alami. Khemah-khemah yang rosak teruk bukan sahaja menjejaskan operasi perniagaan, tetapi juga mengakibatkan kerugian apabila barang jualan turut mengalami kerosakan.

Insiden ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Sebahagian pihak berpendapat ia adalah bencana alam yang tidak boleh dipersalahkan kepada mana-mana pihak, manakala segelintir lain menyalahkan DBKL kerana didakwa gagal memastikan kualiti serta susunan khemah yang lebih kukuh dan selamat.

Apa pun, peniaga yang terjejas dinasihatkan agar bersabar menghadapi ujian ini, sementara langkah penyelesaian diharapkan dapat diambil bagi membantu mereka yang terkesan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button